Sedang Dalam Pembikinan

Blogger ini sedang dalam pembikinan..
Nantikan Kemunculannya tidak lama lagi..
Banyak informasi2 yg akan di wujukkan disini..
Seperti berikut :-
-perniagaan
-aktiviti
-perlancongan
-perkhidmatan
-barang2 untuk remaja
-Islam - Cara Hidupku

nantikannya.!!!



Tekanan emosi remaja Islam







Masyarakat yang tertekan emosinya akan menunjukkan gejala seperti agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan, penyakit mental dan membunuh diri. Pendekatan dakwah Islamiah adalah salah satu bentuk sokongan yang boleh membantu menangani masalah tekanan emosi remaja.


Kajian ini dilakukan ke atas remaja di Kajang Selangor Darul Ehsan adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada remaja mengalami tekanan atau pun tidak berdasar kepada simptom-simptom tekanan yang meliputi aspek psikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial. Selain daripada itu, kajian ini turut mengkaji faktor-faktor utama tekanan dan cara-cara remaja menangani tekanan sama ada cara positif atau negatif.


Untuk mencapai tujuan ini, analisis telah dilakukan ke atas 403 orang responden yang terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 16-17 tahun. Data yang diperlukan melalui soal selidik dan temubual berstruktur. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif yang dijelaskan dalam bentuk jadual dan gambarajah dengan huraiannya dalam bentuk kekerapan dan peratusan.


Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja memang ada mengalami tekanan emosi yang majoriti remaja menunjukkan simptom dari aspek psikologi. Hasil kajian ini turut mendapati bahawa faktor utama yang menyebabakan tekanan ialah faktor keluarga dan faktor persekitaran. Manakala dari aspek menangani tekanan pula, kebanyakkan remaja menggunakan cara yang positif.

-Ubat Hati-

Islam - Cara HidupKu.

Assalamualaikum Warahmatullah kepada para pelayar yang dihormati..

Ruangan Info Islam ini menyediakan maklumat ringkas tentang perkara-perkara asas dalam agama Islam merangkumi aspek Tauhid, Feqah, Akhlak, Tasawuf dan lain-lain lagi.

Maklumat dan persembahan di dalam ruangan ini akan ditambah dan diperbaiki dari masa ke semasa untuk manfaat bersama.
Segala pandangan atau cadangan yang membina tentang ruangan ini bolehlah disampaikan kepada kami melalui email


jkmmufti@tm.net.my.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Permulaan Ilmu Tauhid

Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid

Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' Bererti : Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :

1) Nama ilmu ini :
Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat dan Al-Iman.

2) Tempat ambilannya :
Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.

3) Kandungannya :
Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.

4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat :
Pertama :

Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.
Kedua :

Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.
Ketiga :

Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.
Keempat :

Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.

5) Faedah Ilmu Tauhid : Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.

6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :
Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.

7) Yang menghantarkan :
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.

8) Hukumnya :

Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .

9) Kelebihannya :
Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya." ( Riwayat Hakim )

10) Kesudahan ilmu ini :
Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.

Memahami Konsep Tauhid

Pengertian Tauhid
*Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .

Pengertian Iman
*Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.

Rukun Iman.


  1. Percaya kepada Allah

  2. Percaya kepada Malaikat

  3. Percaya kepada Kitab

  4. Percaya kepada Rasul

  5. Percaya kepada Hari Akhirat

  6. Percaya kepada Qadha’ dan Qadar
Powered By Blogger